Ahad, 7 Februari 2016

lagi kisah di lpt2

cuti raya cina tahun 2016 ak manfaatkan utk pulang menjenguk anak saudara baru kt kg.semasa memandu pulang dari arah kuantan kuala terengganu berhampiran exit cheneh d lpt2,keadan agak gelap pada masa itu dengan titisan hujan renyai2 ak yang memandu proton saga flx yang didaftarkan pada 2012 agak kelam kabut apabila terserempak dengan seekor harimau yang agak besar saiz nya,ak mengangarkan saiz harimau itu sebesar kambing jantan y harga nya mencecah rm1200 pada masa ini.dengan kelajuan 140/km ak hanya mampu melepaskan pedal minyak dan sudah tidak sempat lagi untuk membrek,bayangkan dengan kelajuan tersebut dan jalan yang becak serta kemampuan tayar untuk mencengkam jalan raya,apa lagi yang boleh kite fikirkan pada masa itu? 
alhamdulillah kami selamat dan harimau tersebut melintas dengan selamat.2 hari selepas peristiwa itu ak dikejutkan pula oleh mesej what up dari isteri mengatakan berita kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan mpv jenama nyundai dengan seekor harimau.terus ak membelek2 gambar2 tersebut dan ak amatinya dengan perasaan.alangkah sedih yang tidak terkata apabila mendapat tahu harimau tersebut sedang mengandung..nauzubillah tidak dapat digambarkan lagi bagaimana kami mampu terselamat dengan peristiwa tersebut.nasihat saya berhati2 lah ketika memandu di lpt2,anda tidak akan mampu menduga apa2 sahaja yang akan melintas di hadapan anda ketika itu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan